::Mujahidah Sumayyah::
Miss Owner!




Entries About Linkies Stuff

Hi, I'm Amira Zinnirah. Mira for short. 16 years old.If you like my blog just follow me.*strive for SPM next year.


Taggie Board!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Amira Zinnirah
Others: ♥ ♥ ♥


Kisah Seorang Nenek





Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka. Beliau menjual bunganya di pasar, setelah berjalan kaki cukup jauh. Usai jualan, nenek pergi ke masjid Agung di kota itu. Beliau berwudhu, masuk masjid, dan melakukan solat Zuhur. Setelah membaca wirid sekadarnya, beliau keluar masjid dan membungkuk-bungkuk di halaman masjid.

Nenek tersebut mengumpulkan dedaunan yang berceceran di halaman masjid. Selembar demi selembar dikaisnya. Tidak satu lembar pun beliau tinggalkan.

Tentu saja agak lama beliau membersihkan halaman masjid dengan cara itu. Padahal matahari Madura di siang hari sungguh menyengat. Keringatnya membasahi seluruh tubuhnya.
Banyak pengunjung masjid jatuh hiba kepadanya. Pada suatu hari Takmir masjid memutuskan untuk membersihkan dedaunan itu sebelum perempuan tua itu datang.

Pada hari itu, beliau datang dan langsung masuk masjid. Usai solat, ketika ia ingin melakukan pekerjaan rutinnya, beliau terkejut. Tidak ada satu pun daun terserak di situ.

Nenek itu kembali lagi ke masjid dan menangis dengan keras. Ia mempertanyakan mengapa daun-daun itu sudah disapukan sebelum kedatangannya.

Orang-orang menjelaskan bahwa mereka kasihan kepadanya.

"Jika kalian kasihan kepadaku," kata nenek itu, 

"Berikan kesempatan kepadaku untuk membersihkannya."

Singkat cerita, nenek itu dibiarkan mengumpulkan dedaunan itu seperti biasa.

Seorang kiai terhormat diminta untuk menanyakan kepada perempuan itu mengapa beliau begitu bersemangat membersihkan dedaunan itu. Perempuan tua itu akan menjelaskan sebabnya dengan dua syarat: 

1.  Hanya Kiai yang mendengarkan rahsianya
2.  Rahsia itu tidak boleh disebarkan ketika beliau masih hidup.

Sekarang nenek itu sudah meninggal dunia, dan anda dapat mendengarkan rahsia itu.

"Saya ini perempuan bodoh, pak Kiai," tuturnya.

"Saya tahu amal-amal saya yang kecil itu mungkin juga tidak benar saya jalankan. Saya tidak mungkin selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Nabi Muhammad SAW. Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Nabi menjemput saya. Biarlah semua daun itu bersaksi bahwa saya membacakan salawat kepadanya." 

Terima Kasih 

Untukmu Palestin



SHOUTUL HAROKAH






Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

Debu-debu beterbangan
Kabut di tanah kemuliaan
Kringat darah bercucuran
Iringi kepergian

Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagi janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan doa untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu! Hati! bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap! Maju! dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan
ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu ghoyatuna
Ar Rasulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan
ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi




Perang Badar


Assalamualaikum..



(Sambungan 'Ubaidah)

Dengan garangnya, musyrik Quraisy mendekati kaum Muslimin, sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang memimpin tentera Baginda dengan tongkat di tangan. Ketika Baginda melintasi Sawad bin Ghazyah yang tidak berdiri dengan lurus dalam barisan, Baginda memukul perutnya dengan tongkat seraya berkata:

“Berdiri lurus, ya Sawad !”

“Sampai hati engkau sakiti saya Wahai Muhammad, padahal engkau diutus oleh Allah untuk membawa kebenaran dan keadilan. Bersediakah engkau aku membalas ?”

Nabi Muhammad SAW menghalakan perutnya seraya berkata

Silakan, ya Sawad, balaslah..

Sebagai ganti memukul kembali perut Rasulullah SAW, Sawad memeluk Baginda.

Apa gerangan engkau berbuat begini, ya Sawad ?

Bertanya Rasulullah SAW.

“ Wahai junjungan kami, semboyan perang telah berbunyi dan saya berhasrat disaat terakhir hidup saya bersama engkau, dapat kiranya kulitku menyentuh kulitmu.”

Dikala perang berkecamuk hebat, Nabi Muhammad SAW masuk ke khemah seraya bermunajat kepada ALLAH. Seasaat Baginda termenung menundukkan kepala kemudian mendongak sambil berkata,

Bersenang hatilah ya Abu Bakar, pertolongan ALLAH telah datang. Lihat ini Jibril datang membimbing kuda menuju tepi kolam..

Selesai Rasulullah SAW bersabda, Mahjak (pelayan Saidina Umar Ibnul-Khattab) terkena panah musuh dan terus pulang ke hadrat Ilahi. Mahjak adalah perajurit Muslimin yang pertama gugur. Kemudian, Harisah bin Suraqah pula ditembak dan mengikuti jejak temannya yang pertama.
Setelah dua pahlawan ini gugur, keluarlah Rasulullah SAW dari khemahnya lalu berseru,

Demi Tuhan yang menjadikan Muhammad, siapa yang berperang hari ini dengan tabah dan tidak kenal mundur, kemudian dia terbunuh pasti ALLAH menyediakan syurga untuknya.

“Baik, baiklah !” 

sahut ‘Umair Ibnul-Hamam yang sedang melepaskan lelah sambil makan kurma.

“Aku akan masuk syurga kerana dibunuh mereka.”

Dibuangnya kurma itu lalu berjalan ke medan perang dengan pedang terhunus di tangan. Berperanglah ‘Umair dengan gagah berani sehingga gugur sebagai pahlawan. Dilihatnya ‘Umair telah syahid, ‘Auf Ibnul-Haris tampil kemuka dan berkata :

“Gerangan apakah yang menyebabkan redha ALLAH terhadap hambaNYA, ya Rasulullah ?”

Membunuh musuh agamaNYA.

Jawab Nabi Muhammad SAW. Jawapan itu telah mendorong ‘Auf untuk menanggalkan baju besinya lalu menghunus pedangnya. Berperanglah dia laksana seekor singa jantan, sehingga gugur.

*       *       *   
*       *   

Dalam keadaan perang sedang berkecamuk, Mu’auwiz bertanya kepada salah seorang temannya dari kaum Muhajirin,

“Di mana Abu Jahal, di Mekah dia telah banyak berbuat nista terhadap Rasulullah. Aku rindu hendak melihatnya,”

Muhajirin itu menunjukkan Abu Jahal kepadanya. Melompatlah Mu’auwiz ke arahnya lalu memukul kepala Abu Jahal sampai berdarah sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan. Kemudian dia terus menyerbu ke tengah-tengah orang Quraisy yang banyak dengan menikam ke kiri dan kanan, sehingga akhirnya dia sendiri menemui ajal.


*       *       *   
*       *   


Dalam peristiwa Badar, telah ramai pahlawan Islam yang gugur antaranya Abu Waqqas yang telah pergi ketika usianya 16 tahun. Zus-Shimalain bin Abdu Amru, Akil Ibnul-Bukair, Safwan bin Baidha’, Mubasshir bin Abdul Munzir, Yazid Ibnul-Haris dan Rafik Ibnul-Mu’alla.

Semua pahlawan ini telah tidur beristirahat di Badar. Mereka hidup.. bukan mati..

'Ubaidah Ibnul-Haris






(Perang Badar)

Setelah Nabi Muhammad SAW memindahkan markas perjuangan Baginda ke Yasrib, pertentangan dengan kaum Quraisy tidak berkurang malah bertambah-tambah. Kaum Quraisy ingin membinasakan Nabi Muhammad SAW bersama semua pengikut Baginda. Oleh sebab itu, mereka ingin menyerang Madinah.

Dalam pada itu, kemakmuran Mekah (pusat kaum Quraisy) bergantung kepada perdagangan mereka dengan daerah-daerah lain di Jazirah Arabia terutamanya dengan tanah Syam. Keadaan ini diketahui benar oleh Nabi Muhammad SAW kerana dahulu Baginda pernah mengikuti kafilah-kafilah dagang Quraisy ke tanah Syam. Kemakmuran ekonomi kaum Quraisy mestilah dilumpuhkan untuk melemahkan tenaga perang mereka.

Oleh itu, strategi peperangan Rasulullah SAW terhadap kaum Quraisy ditujukan untuk melumpuhkan ekonominya dengan menghalang perjalanan kafilah-kafilah mereka sama ada yang sedang pergi ke tanah Syam ataupun yang sudah pulang dari tanah Syam.

Sewaktu kaum Quraisy sudah mengetahui bahawa tentera Islam ingin menghalang perjalanan suatu kafilah dagang mereka yang besar, maka askar-askar Quraisy dihantar untuk mempertahankan kafilah tersebut. Mereka membanjiri lembah Badar.

Keberangkatan askar Quraisy yang besar jumlahnya sudah diketahui Nabi Muhammad SAW yang ketika itu sedang bermarkas di suatu tempat yang bernama lembah Zafran. Berundinglah Baginda dengan para sahabat dan tentera. Sewaktu Abu Bakar ditanya pendapatnya, lantas beliau berdiri sambil mengucapkan sumpah setianya. Begitu juga Umar Al-Khattab dan Al-Miqdad bin ‘Amru. Mereka berkata :

Laksanakanlah apa yang diperintahkan Allah, wahai Junjungan kami dan kami semua bersama tuan. Demi ALLAH, kami tidak akan berkata sepertimana ucapan Bani Israel : Berangkatlah engkau dengan ditemani Tuhanmu dan berperanglah. Biarkan kami tinggal di sini. Tetapi kami akan berkata : Pergilah Ya Rasulullah bersama Tuhanmu dan berperanglah. Kami semua akan ikut berperang bersama-sama. Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan kebenaran, andaikata tuan membawa kami ke dasar lautan, pasti akan kami serta tuan...

Kemudian, Rasulullah SAW bertanya pendapat kaum Ansar pula. Ketua kaum Ansar, Sa’ad bin Mu’az menjawab dengan janji patuh setia dan bersedia mati di jalan Allah. Dengan demikian yakinlah Nabi Muhammad SAW bahawa pertolongan ALLAH telah dekat dan berangkatlah Baginda bersama tenteranya menuju ke lembah Badar dan berkhemah di sana.

Dari laporan yang diterima, Baginda mengetahui bahawa bilangan musuh kira-kira tiga kali ganda dari tenteranya. Namun demikian, dalam kamus hidup Rasulullah SAW, tiada perkataan mundur atau takut.

Setelah kedua-dua musuh berhadapan, tercetuslah peperangan pertama. Dari tentera Quraisy, ‘Utbah bin Rabi’ah tampil kedepan sambil diapit oleh saudara dan puteranya iaitu Shaibah dan Al-Walid. Dengan menepuk dada, ‘Utbah mengajak tentera ALLAH berlawan. Untuk memenuhi cabaran mereka, masuklah ke ‘gelanggang’ tiga orang pemuda Ansar iaitu ‘Auf, Mu’auwiz (keduanya putera Al-Haris) dan Abdullah bin Rawahah.

“Siapa kamu?” berteriak ‘Utbah mengejek.

“Pemuda Ansar,” jawab mereka dengan tenang.

“Kamu tidak setanding dengan kami dan bukan kamu yang kami hasratkan,” kata ‘Utbah dan kawan-kawannya dengan sinis.

“Hai Muhammad, suruhlah keluar orang-orangmu yang setaraf dengan dengan kami iaitu mereka yang berasal daripada kaum Quraisy.”

Bangun ya ‘Ubaidah Ibnul-Haris!

Berseru Nabi Muhammad SAW.

Bangkit ya Hamzah, tampil kemedan ya Ali !

“Siapa kamu ?” bertanya ‘Utbah membentak.

Ketiga mereka serentak menyebut nama masing-masing.

Maka bertarunglah ‘Ubaidah dengan ‘Utbah.

Hamzah bersilat senjata dengan Shaibah bin Rabi’ah.

Ali pula berpedang dengan Al-Walid.

Dalam babak pertama, Hamzah telah menewaskan Shaibah. Demikian juga Ali dengan sekali pukul sahaja telah menyebabkan Al-Walid taiada berjiwa lagi. ‘Ubaidah pula setelah peristiwa tangkis menangkis terjadi, kakinya terkena tikaman ‘Utbah. Apabila Ali dan Hamzah melihat ‘Ubaidah dalam keadaan bahaya, maka dengan cepat mereka berdua memberi pukulan terakhir kepada musuhnya ‘Utbah manakala ‘Ubaidah diusung ke tengah-tengah barisan kaum Muslimin.

“Gugurkah aku sebagai pahlawan, Ya Rasulullah ?” bertanya ‘Ubaidah sedang badannya terlentang di hadapan Rasulullah SAW.

Sudah tentu..

Jawab Nabi Muhammad SAW.

Mangkatlah ‘Ubaidah Ibnul-Haris dan dialah orang Islam yang mula-mula menerima penyerahan bendera perang dari Muhammad SAW.

Salah seorang pengungsi Islam telah gugur...

Bersambung dalam Perang Badar

A bad temper

Assalamualaikum..



Post kali ni dalam Bahasa Inggeris sebab Mira ambil article ni daripada kertas latihan BI. Siapa yang satu kelas dengan Mira tahulah latihan yang mana.. hihi.. tak da idea nak tulis apa.. Tapi, cerita ni ada juga pengajarannya bukan main ambil saja-saja tau..




Robin was a little boy with a bad temper. His father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he should hammer a nail in the back fence. The first day the boy drove thirty-seven nails into the fence. Then, it gradually went down. He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence.

Finally, the day came when the boy did not lose his temper at all. He told his father about it and  his father suggested that the boy now pull out a nail for each day that he was able to hold his temper. The day passes and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone. Robin’s father took his son by the hand and led him to the fence.

“You have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same. When we say things in anger, they leave a scar just like this one. You can put a knife in a man and draw it out. It won’t matter how many times you say ‘I’m sorry,’ the wound is still there. A verbal wound is bad as a physical one.”

Robin’s father decided then to talk to Robin about life. The two of them sat on the fence and munched on apples as they talked. He wanted Robin to know that there were many things  to learn about life.

“Some are learned the hard way but some could be learned by watching the experiences of others. One of the first things you have to be aware about in the real world is that life is not fair.”

His father said.

“You just have to get used to it.”

“Another important fact is that the world expects you to achieve something with your life. You cannot expect the rest of the world to respect you if you have done nothing at all. You have to do well in life to feel good about yourself. Do not complain that your father is hard on you or that your teacher is strict. The world will be harsh and your boss will be harsher.

If you do make a mess of things, it’s not your parents’ fault, so don’t whine about your mistakes, learn from them. Do not keep repeating them. Do not think you have the chance to make every mistake possible. Learn from other people’s mistakes. And go on to do the right things in life.

School is the only place where you can make mistakes and teachers will correct you. They will give you many times to do the test papers again and you can repeat some major exams too. But real life is not like that at all. Nothing in real life is like school. If you make serious mistakes in real life, you will pay for it. The punishment can be severe. People will choose not to be your friend or the law can punish you.

By the way, television is not the real life. In real life people actually have to leave the coffee shop and go to jobs. Having and holding is important in life for a responsible man. You will have to take care of yourself and your family and for all that, you will need money. Nobody is obliged to give you money. You have to earn it. Any honest job is fine.

You might think parents are boring people. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you are. So, before you think you are great, try doing the small jobs around the house.

Be nice to people. You will need people all the way in life,”

His father said. Robin looked seriously at his father. What he said did make sense.

Credit : teacher.. :)



Bangsawan Quraisy



Birrah merupakan seorang wanita bangsawan Quraisy, puteri kepada Abdul Muttalib. Beliau mempunyai seorang putera yang bernama Abu Salamah Bin Abdul Asad. Kedudukan Abu Salamah dalam kalangan kaumnya sangat dihormati dan disegani kerana darahnya mengalir dari golongan bangsawan yang tinggi.

Sebelum ramai orang yang membenarkan dakwah Rasulullah SAW, Abu Salamah telah pun beriman dengan penuh kesedaran malah telah bersedia menerima apa sahaja akibatnya. Gelaran Ummu Salamah yang diberikan kepada Hindun Binti Umaiyah merupakan isteri kepada Abu Salamah juga telah mengikut jejak suaminya.

Dalam jagaan ibu bapa yang telah berbahagia ini, hiduplah putera puteri mereka iaitu Salamah, Umar, Zainab dan Durrah. Ya, mereka hidup dalam suasana baru. Suasana Islam yang segar.

Abu Salamah bersama isteri dan anak-anaknya, seperti kaum Muslimin yang lain, menderita penyiksaan dan penganiyaan yang sangat dasyat daripada kaum Quraisy. Tetapi, betapa kejamnya penyiksaan itu, mereka tidak menjadi lemah atau takut sebaliknya bertambah kuat dan yakin.

Semasa Nabi Muhammad SAW membenarkan para sahabat berhijrah ke Habashah, maka Abu Salamah bersama keluarganya turut mengikut berhirah untuk kali pertama dan kedua.

Ketika Nabi Muhammad SAW memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pula, Abu Salamah dan keluarganya kembali semula ke Mekah untuk bersama-sama Nabi berhijrah. Di antara sahabat-sahabat yang berhijrah ke Madinah, Abu Salamah termasuk dalam golongan orang pertama yang menjalankan perintah ini. Di tempat baru, Abu Salamah menumpang di rumah Mubashir Ibnul-Munzir di Quba'.

Dalam pertemuan besar yang pertama, pertemuan persaudaraan yang diliputi perasaan kasih dan sayang, Rasulullah SAW mempersaudarakan Abu Salamah dengan Sa'ad Bin Khaisamah.

Sewaktu perang sedang meletus antara kaum Muslimin dengan kaum Quraisy di Badar, Abu Salamah ikut serta. Begitu juga ketika dalam Perang Uhud, beliau bertempur dengan gagah dan berani di bawah kibaran bendera Rasul, sehingga dia mendapat luka parah kerana terkena panah daripada Abu Usamah Al-Jashmy.

Tamat sahaja peperangan, tinggallah Abu Salamah dirumah sebulan lamanya kerana menderita luka parah, kian hari, kian teruk jadinya disebabkan panah beracun yang tidak disedarinya.



            *          *          *
             *          *


Nabi Muhammad SAW mengirimkan sepasukan tentera Islam untuk memerangi Bani Asad dan Abu Salamah sebagai pemimpinnya. Maka pergilah Abu Salamah lebih 10 hari meninggalkan Madinah kemudian kembali dengan luka yang bertambah parah di badannya.

Semasa Nabi Muhammad SAW dikhabarkan oleh sahabat tentang berita ini, bergegaslah Baginda ke rumah Abu Salamah, yang rupanya telah memenuhi panggilan Allah..

Tangis keluarganya didengari Nabi dengan perasaan sebak lalu mendoakan sahabat Baginda yang tercinta itu. Tidur nyenyaklah jasad yang berbahagia itu di pangkuan Nabi Muhammad SAW sambil Nabi mendoakan berulang-ulang kali :

Ya Allah, lapangkanlah kuburnya, sinarilah tempat istirahatnya, tambahkanlah sinar cahayanya dan ampunilah dosanya. Ya Allah, tinggikanlah martabatnya setinggi mungkin...

Abu Salamah telah pergi tetapi cahaya kebenaran tambah berkembang sepeninggalannya...

Paderi Yahudi


Dalam kitab suci mereka sudah tertulis bahawa akan datang Nabi akhir zaman. Digambarkan dengan jelas bagaimana sifat-sifat dan tanda-tanda zaman kedatangannya. Keadaan ini diketahui benar oleh Paderi Yahudi dan pakar-pakar agama mereka kerana mereka telah mengkaji dan memahami dengan lebih mendalam kitab suci itu.

Mereka tidak ragu-ragu lagi akan kebenaran Nabi  Muhammad SAW dan dakwahnya kerana telah terbukti di dalam kitab mereka. Tetapi, persoalannya.. kenapa mereka tidak mengikuti dan membenarkan ajaran Baginda ?

Ya ! Inilah topik yang akan dikupas dalam Forum Remaja hari ini bersama ahli panel kita..

Ops,, tersyasyul pula hehe.. Forum Remaja amende pulak ? Kembali kepada topic asal..

Ok.Ok .. kita semua tahu jawapannya kan.. Kerana nafsu jahat yang wujud di dalam hati mereka telah memutar belitkan fakta yang sebenar. Mereka telah membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar.

Mereka berkata,     
                                                            
“Hati kami tertutup..” 

Bahkan lantaran keingkaran mereka, Allah telah mengutuk mereka. Hanya segelintir yang mahu beriman. Apabila datang Kitab Suci(Al-Quran) kepada mereka , mereka menolak sedangkan mereka selalu mendoakan kemenangan ke atas mereka. Layaklah mereka itu menerima kutukan Allah_Al-Quran.












Jiwa Mukhirik, seorang paderi Yahudi, telah ditusuk remuk oleh ayat di atas. Perasaan bersalah menyelubungi ketenangan jiwanya lantas membuatkan dia susah tidur malam. Beberapa hari sebelumnya, seorang temannya, Abdullah Bin Salam telah beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

 Berita berimannya Abdullah Bin Salam, juga seorang paderi sangat menggoncangkan hatinya dan menggemparkan kaum Yahudi. Dia takut dia juga akan terlempar kea rah yamh sama seperti sahabatnya, Abdullah. Takutkah dia kepada kebenaran yang telah mendesak masuk ke dalam jiwanya ?

Hatinya bertanya kepada dirinya sendiri, 

Akan engkau jualkah kemegahan akhirat dengan kesenangan dunia ?

Akan engkau tukarkah kebahagiaan abadi dengan kenikmatan sekejap ?

Apa guna tanah yang lapang ini bagimu ?

Apa faedahnya harta yang bertimbun-timbun ini, kalau ia akan menghantar engkau ke lurah kesengsaraan yang sangat dalam ?

Wahai diri yang malang, mengapa di ronggamu sentiasa bertarung dua daya yang saling kalah mengalahkan ? Daya jahat yang mengobarkan kesenangan duniawi dan daya yang menghantar manusia ke taman bahagia abadi..

          Harta, anak dan kehidupan....
         Syurga yang luas selebar langit dan bumi.....

Mukhairik termenung mendengar jeritan jiwanya sendiri dan dari jauh dia mendengar suara-suara yang memanggilnya. Maka keluarlah Mukhairik dari rumahnya menuju ketempat di mana berkumpul pemuka-pemuka kaumnya, sedangkan pada masa itu Nabi Muhammad SAW berada di medan Peperangan Uhud.

Mukhairik berkata kepada mereka :

“Saudara-saudaraku kaum Yahudi ! Demi Allah, (kebiasaan org Arab berkata demikian walaupun bukan Islam) sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa Muhammad adalah Nabi dan pertolongannya kepadamu adalah pasti”.

Mendengar ucapan Mukhairik sebagai seorang paderi, mereka semua gusar dan dengan perasaan geram menyelubungi hati, mereka menjawab,

“Hari ini adalah hari Sabtu” (hari mereka beribadah)

“Kenapa dengan hari Sabtu?!” Jawab Mukhairik dengan tegas.

“Wahai kaumku ! aku sekarang akan berangkat ke medan perang Uhud untuk ikut berperang membunuh musuh-musuh ALLAH. Sekiranya aku nanti mati di padang Uhud, maka segala kekayaanku untuk Muhammad, supaya dipergunakan di mana yang baik mengikut pendapatnya.”

Setelah ucapan yang berani itu selesai, berangkatlah dia ke medan Uhud dengan pedang terhunus di tangannya. Ketika dia tiba di sana, suasana perang tidak menguntungkan kaum Muslimin. Sungguhpun demikian, dia tidak lemah dan tidak berpatah hati malah membunuh banyak pewira-pewira dan perajurit musuhnya.. sehingga akhirnya dia sendiri terbunuh sebagai pahlawan  Islam yang baru....







Setelah perang selesai, berita tentang Mukhairik disampaikan kepada Rasulullah SAW. Mendengar khabar ini, Baginda berkata,

“MUKHAIRIK ADALAH SEORANG YAHUDI YANG UTAMA”
Kemudian harta peninggalan Mukhairik dibahagikan kepada fakir miskin kaum Muslimin.


Perpisahan Sementara


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
 dugaan yang menimpa diri ini
bersabarlah di atas dugaan ku tetap pergi jua..


Hari ni (Jumaat) merupakan hari terakhir bagi dua orang sahabat Mira di SMK Agama (P)..  iaitu Balqis dan Izzati.



Balqis dan Izzati




Ha,, tu la dua orang yang akan berpindah sekolah.. sedih tau.. dah 4 tahun berkawan tetiba kena berpisah.. entah bila boleh berjumpa.. dengan perginya mereka, maka hilanglah dua butir mutiara yang sangat indah.. cewah.. 


seorang lagi pelajar yang akan berpindah ialah.. Ain. Ain ni sebenarnya pelajar baru.. sangat baru.. dia mula masuk SMKAP awal tahun. Sebelum ni, Ain belajar SMKA Slim River . Semoga Ain, Balqis dan Izzati tak lupakan kami semua di sini.. owh ! lupa nak mention bakal sekolah diorang..

  •      Balqis Binti Ahmad Kamel – SBPI Kubang Pasu
  •      Nurul Ain Binti Bahri – SBPI Kubang Pasu
  •      Nurul Izzati Binti Zainuddin – SMAP Labu 


Tak sanggup nak lepaskan diorang.. huhu, diorang dapat 9A dalam PMR tahun lepas jadi cikgu pun berat hati nak lepaskan diorang..

Masa rehat tadi Mira sempat la jumpa Balqis.. salam, peluk, cium.. Cuma ikat, letak dalam kotak, sembunyikan dalam almari je belum gi. Hehe.. sory la adik manis saya cuma tak sanggup lepaskan awak. Owh ! JANGAN NYANYI LAGU TEMAN PENGGANTI LAGI ! nanti  Mira menangis tak dak siapa nak pujuk ..

Kebetulan pula masa nak call jumpa Izzati kat public phone..  salam, peluk , cium semua dah buat. Tetiba je rasa sebak menusuk jiwa.. do you really have to go ?  what if i miss you ? dah la duk nun jauh di sana mesti susah nak jumpa kan..?

Cuma.. Ain ja tak sempat nak jumpa.. kirim salam pun tak. Maaflah sahabat, tak ada rezeki..

Kepada teman-temanku..dengarlah pesanan ini :



  1.  Jaga Allah, Allah pasti akan menjaga kamu
  2. Jangan lupa kawan-kawan di sini, cikgu-cikgu, mak cik kantin, pak cik tukang kebun (?), dan kucing-kucing yang tidak bertuan. Kami sayang anda..
  3. Memandangkan SBPI ada lelaki jadi.. kuncilah hati anda dan buangkanlah kunci ke dalam laut. Biarkan ia terbuka dengan sendirinya apabila sampai waktunya. Risaulah, korang semua comel-comel !
  4. Belajarlah dengan niat untuk menurut perintah Allah.. bukan hendak berjaya dalam  peperiksaan semata-mata..
  5. Kalau balik jangan lupa contact


Sudahlah pesan sikit-sikit.. nanti tak jadi pindah pula.. maaflah, Mira tak sempat nak beli hadiah . Semoga kenangan indah kita menjadi ingatan hingga akhir hayat.

Sebelum berpisah, Mira ada sesuatu untuk Izzati, Ain dan Balqis..



Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Dalam terharu...
Air mata tertumpah jua
Wahai hamba Ilahi
Begitulah kehidupan dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang Allah aturkan untuk kita
Percayalah..
Allah tidak akan menduga hambaNYA
Kecuali untuk melihat hambaNYA
Tersenyum di sana

Tertawa di sana
Berbahagia di sana
Wahai hamba Allah..
Jangan bersedih kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin
Dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat
Pada keesokan hari
Kesedihan demi kesedihan..
Bakal membuat kita semakin terperuk
Dalam keputusasaan
Dan dunia yang luas dirasakan begitu sempit

Dan tidak berguna lagi..
Gara-gara kesedihan..air yang manis akan terasa pahit..
Makanan yang lazat terasa hambar..
Bunga mawar yang mekar mewangi..
Kembali layu..


Keluarga Mulia Part 2


Panggilan suci untuk kembali kepada kebenaran tidak dihiraukan kaum Quraisy, seakan-akan telinga mereka disumbat. Bahkan mereka mengejek orang yang mengajak mereka kearah kebenaran. Hanya beberapa orang yang masih dapat dilunakkan hatinya. Pada permulaannya, hanya 30 orang yang menerima hidayah itu dan dapat bertahan dengan seksaan kaum Quraisy.

Ammar bin Yasir yang sudah besar berfikir menilai kebenaran seruan Nabi Muhammad SAW. Apa kehidupan dunia dan kemana tujunya. Apa manusia dan masyarakat baru yang diceritakan, menarik hati Ammar putera Yasir. Beliau ingin benar bertemu dan mendengar sendiri ucapan Nabi Muhammad SAW.






Maka pergilah Ammar menuju ke Darul Arqam markas Nabi Muhammad SAW. Beliau menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan bahawa beliau tidak diekori. Siapa tahu kaum Quraisy mengupah sesiapa untuk mencatat nama mereka yang datang memenuhi panggilan Nabi Muhammad SAW untuk dianiayai dan diseksa.

Di dalam Darul Arqam, beliau terlihat seorang orang asing sepertinya yang bernama Suhaib bin Sinan lalu bertanya,

“Gerangan  apakah yang membawa engkau kemari, ya Suhaib ?”

“Apa pula sebabnya engkau berada di sini ?” Tanya Suhaib kembali.

“Saya ingin mendengar dan mempelajari ajaran Muhammmad.”

“Saya pun demikian” balas Suhaib.

Beberapa minit kemudian, mereka telah pun berada di hadapan Rasulullah dan setelah mereka mendengar segala ucapan Baginda, terbukalah hati mereka untuk memeluk agama Islam. Setiap hari dua sahabat itu akan pergi ke tempat Rasulullah untuk mendalami ilmu baru dan pada sebelah petang, barulah mereka pulang.

Di rumah, Ammar memberitahu ibu dan bapanya tentang pengislamannya. Beliau menceritakan segala ilmu barunya sehingga kedua ibu bapa itu mengambil keputusan memeluk Islam.

Keadaan ini amat malang bagi Bani Makhzum sebagai pelindung keluarga Yasir. Apa yang menyakitkan hati mereka lagi, keluarga itu mengaku dengan sejujurnya ketika ditanya dan bersedia menghadapi apa jua seksaan.

Tanpa ditunggu lagi, keluarga Yasir diseksa dengan pelbagai seksaan agar melemparkan kembali Islam yang baru diyakini.

Mereka dijemur di tengah-tengah matahari terik berhari-hari. Dipukul tanpa diberi makan minum manakala kaki dan tangan dirantai.

Pada suatu hari, lalulah Nabi Muhammad SAW ditempat itu dan terlihat akan keluhan dan rintihan keluarga Yasir,

“Oh masa !”

Lalu baginda bersabda,

“Berbahagialah wahai keluarga Yasir kerana syurga tempatmu nanti”

Kata-kata itu merupakan penawar kepada kesakitan mereka. Apabila Abu Jahal lalu ditempat itu, tidak terbit sedikitpun rasa takut dalam hati mereka. Perkara ini mengakibatkan mereka diberi azab yang lebih dasyat sehingga membawa ajal Yasir dan isterinya Sumaiyah.

Tinggallah Ammar untuk menerima seksaan yang berlipat kali ganda. Beliau dibenamkan ke dalam air sehingga Ammar menyebut nama berhala-berhala mereka dengan perkataan yang baik barulah beliau dilepaskan.

Hanya lidah Ammar yang berkata begitu sedangkan hatinya masih memuja Allah. Ammar segera bejumpa Rasulullah. Baginda bertanya,

“Ada apa, Ammar ?”

“Ya Rasulullah, saya baru dilepaskan setelah mencelamu dan memuji berhala mereka”

“Bagaimana dengan hatimu ?”

“Saya tetap yakin dengan Allah”

“Kalau mereka kembali menyeksamu, buatlah begitu lagi”






Semakin lama, semakin memuncak penyeksaan kaum Quraisy terhadap umat Islam yang masih kecil bilangannya. Setelah memikirkan baik buruknya, Rasulullah membenarkan mereka berhijrah ke Yasrib. Apabila tiba masanya, Nabi Muhammad SAW sendiri yang berhijrah menyusuli para pengikutnya.

Ammar menyertai pelbagai peperangan bersama Nabi. Mereka begitu rapat. Nabi Muhammad SAW sangat menyayanginya sehingga pernah bersabda,

“Saya tidak tahu sampai bila saya akan bersama kamu. Oleh itu, ikutilah orang-orang sesudahku (Nabi menunjuk kepada Abu Bakar dan Umar). Percayalah kepada janji Ammar serta benarkan kata-kata Ibnu Mas’ud.”

Menrut riwayat lain, Nabi bersabda,

“Saya tidak tahu sampai bila saya akan bersama kamu. Oleh itu, ikutilah orang-orang sesudahku (Nabi menunjuk kepada Abu Bakar dan Umar). Patuhilah tuntunan Ammar dan percayalah janji Ibnu Umi Ubaid”

Sewaktu kewafatan Nabi Muhammad SAW, menangislah Ammar meratapi pemergian Baginda. Pada masa itu, banyak suku Arab yang murtad dan terjadi perpecahan kaum Muslimin. Hanya Abu Bakar yang tidak ragu-ragu mengirimkan pasukan tentera di bawah pimpinan Ammar untuk memerangi mereka.

Dalam peristiwa Yamamah (penyerangan terhadap nabi palsu Musailamah Al-Kazab), ketika keadaan tentera Islam mulai terdesak, Ammar berteriak,

“Wahai pahlawan-pahlawan Islam ! Mengapa kalian lari dari syurga ? Inilah, Ammar binYasir ! Mari bertempur bersama-sama !”

Pada saat itu, telinga Ammar sendiri telah putus dimakan pedang musuh. Walaupun begitu, beliau terus berperang tanpa menghiraukan dirinya sehingga akhirnya menanglah tentera Islam. Ammar juga menyertai peperangan di Palestina.

Semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, Ammar diangkat menjadi Wali (Gabenor) Kufah. Saidina Umar juga mengirimkan pesanan kepada penduduk Kufah iaitu,

“Saya mengirimkan kepada kalian Ammar bin Yasir sebagai Gabenor dan Ibnu Mas’ud sebagai wakilnya. Kedua-dua mereka adalah orang-orang pilihan, sahabat Nabi yang utama. Patuhilah dan ikutilah mereka!”

Beberapa lama kemudian, Ammar diberhentikan daripada jawatan beliau atas sebab-sebab tertentu. Saidina Umar bertanya kepada beliau,

“Marahkah engkau kerana diberhentikan sebagai Gabenor ?”

“Kalau itu yang engkau tanyakan, jawabnya bahawa pengangkatan bagiku serupa sakitnya dengan perberhentian” jawab Ammar.

Sewaktu terjadinya pertentangan antara Saidina Ali dengan Muawiyah, Ammar berpihak kepada Ali dan dia sudahpun berusia. Dalam Perang Siffin, Ammar maju menyerang dengan perang ditangan. Apabila dilihatnya ‘Amru Ibnul-‘As, beliau berkata,

“Syurga dibawah pedang-pedang yng haus. Pada hari ini, Rasulullah diserang kekasihnya sendiri. Demi Allah, kalau mereka membunuh kami, yakinlah aku bahawa aku dipihak yang benar sedang mereka dipihak yang salah. Telah tiga kali aku berperang dengan Rasulullah dibawah kibaran bendera ini dan tidaklah kali ini lebih baik dari yang sudah-sudah.”

Perang pun berkecamuk dan Ammar bertempur di bahagian paling depan sekali. Kemana sahaja beliau pergi diikuti sahabat-sahabat yang lain.

Semasa seorang perajurit pihak musuh datang, Ammar terus membunuhnya. Saat lengah Ammar itu digunakan seorang lagi pihak musuh yang datang kemudian. Abdul Ariyah Al-Muzani memanah Ammar dengan anak panah yang berbisa sehingga membawa ajal pahlawan berusia ini.







Setelah Ammar tidak bernyawa lagi, datang lagi seorang musuh untuk memenggal kepalanya. Bertengtanglah kedua-dua mereka yang masing-masing mengatakan bahawa dialah yang sudah membunuh Ammar.

Pertentangan dua perajurit itu disudahi ‘Amru bin ‘As dengan ucapan

“Demi Tuhan! Mereka bertengkar tentang neraka !”

“Habislah kaum durjana yang telah membunuh engkau, wahai putera sumaiyah.” Bernajat seorang penyeru seraya berdiri di kepalanya,

“Allah merahmati Ammar di hari pengislamannya, demkian pula di hari kematiannya.. Kalau orang menyebut sahabat Nabi yang keempat, maka Ammar yang kelima. Semua sahabat-sahabat Nabi meyakini bahawa syurga tempatnya. Berbahagialah Ammar dengan janji syurga. Ammar bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ammar. Pembunuh Ammar tempatnya neraka !”

Gugurlah Ammar mengikuti jejak orang tuanya..
Apabila peristiwa ini didengari oleh penduduk Mekah, berkatalah mereka,

“Berbahagialah wahai keluarga Yasir, bahawa syurga tempatmu nanti..”