Miss Owner! Hi, I'm Amira Zinnirah. Mira for short. 16 years old.If you like my blog just follow me.*strive for SPM next year. Taggie Board! Credits!
| 'Ubaidah Ibnul-Haris
(Perang Badar)
Setelah Nabi Muhammad SAW memindahkan markas perjuangan
Baginda ke Yasrib, pertentangan dengan kaum Quraisy tidak berkurang malah
bertambah-tambah. Kaum Quraisy ingin membinasakan Nabi Muhammad SAW bersama
semua pengikut Baginda. Oleh sebab itu, mereka ingin menyerang Madinah.
Dalam pada itu, kemakmuran Mekah (pusat kaum Quraisy)
bergantung kepada perdagangan mereka dengan daerah-daerah lain di Jazirah
Arabia terutamanya dengan tanah Syam. Keadaan ini diketahui benar oleh Nabi
Muhammad SAW kerana dahulu Baginda pernah mengikuti kafilah-kafilah dagang
Quraisy ke tanah Syam. Kemakmuran ekonomi kaum Quraisy mestilah dilumpuhkan
untuk melemahkan tenaga perang mereka.
Oleh itu, strategi peperangan Rasulullah SAW terhadap kaum
Quraisy ditujukan untuk melumpuhkan ekonominya dengan menghalang perjalanan
kafilah-kafilah mereka sama ada yang sedang pergi ke tanah Syam ataupun yang
sudah pulang dari tanah Syam.
Sewaktu kaum Quraisy sudah mengetahui bahawa tentera Islam
ingin menghalang perjalanan suatu kafilah dagang mereka yang besar, maka askar-askar
Quraisy dihantar untuk mempertahankan kafilah tersebut. Mereka membanjiri
lembah Badar.
Keberangkatan askar Quraisy yang besar jumlahnya sudah
diketahui Nabi Muhammad SAW yang ketika itu sedang bermarkas di suatu tempat
yang bernama lembah Zafran. Berundinglah Baginda dengan para sahabat dan
tentera. Sewaktu Abu Bakar ditanya pendapatnya, lantas beliau berdiri sambil
mengucapkan sumpah setianya. Begitu juga Umar Al-Khattab dan Al-Miqdad bin
‘Amru. Mereka berkata :
Laksanakanlah apa yang diperintahkan Allah, wahai Junjungan
kami dan kami semua bersama tuan. Demi ALLAH, kami tidak akan berkata
sepertimana ucapan Bani Israel : Berangkatlah engkau dengan ditemani Tuhanmu
dan berperanglah. Biarkan kami tinggal di sini. Tetapi kami akan berkata :
Pergilah Ya Rasulullah bersama Tuhanmu dan berperanglah. Kami semua akan ikut
berperang bersama-sama. Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan kebenaran,
andaikata tuan membawa kami ke dasar lautan, pasti akan kami serta tuan...
Kemudian, Rasulullah SAW bertanya pendapat kaum Ansar pula.
Ketua kaum Ansar, Sa’ad bin Mu’az menjawab dengan janji patuh setia dan
bersedia mati di jalan Allah. Dengan demikian yakinlah Nabi Muhammad SAW bahawa
pertolongan ALLAH telah dekat dan berangkatlah Baginda bersama tenteranya
menuju ke lembah Badar dan berkhemah di sana.
Dari laporan yang diterima, Baginda mengetahui bahawa
bilangan musuh kira-kira tiga kali ganda dari tenteranya. Namun demikian, dalam
kamus hidup Rasulullah SAW, tiada perkataan mundur atau takut.
Setelah kedua-dua musuh berhadapan, tercetuslah peperangan
pertama. Dari tentera Quraisy, ‘Utbah bin Rabi’ah tampil kedepan sambil diapit
oleh saudara dan puteranya iaitu Shaibah dan Al-Walid. Dengan menepuk dada,
‘Utbah mengajak tentera ALLAH berlawan. Untuk memenuhi cabaran mereka, masuklah
ke ‘gelanggang’ tiga orang pemuda Ansar iaitu ‘Auf, Mu’auwiz (keduanya putera
Al-Haris) dan Abdullah bin Rawahah.
“Siapa kamu?” berteriak ‘Utbah mengejek.
“Pemuda Ansar,” jawab mereka dengan tenang.
“Kamu tidak setanding dengan kami dan bukan kamu yang kami
hasratkan,” kata ‘Utbah dan kawan-kawannya dengan sinis.
“Hai Muhammad, suruhlah keluar orang-orangmu yang setaraf
dengan dengan kami iaitu mereka yang berasal daripada kaum Quraisy.”
Bangun ya ‘Ubaidah Ibnul-Haris!
Berseru Nabi Muhammad SAW.
Bangkit ya Hamzah, tampil kemedan ya Ali !
“Siapa kamu ?” bertanya ‘Utbah membentak.
Ketiga mereka serentak menyebut nama masing-masing.
Maka bertarunglah ‘Ubaidah dengan ‘Utbah.
Hamzah bersilat senjata dengan Shaibah bin Rabi’ah.
Ali pula berpedang dengan Al-Walid.
Dalam babak pertama, Hamzah telah menewaskan Shaibah.
Demikian juga Ali dengan sekali pukul sahaja telah menyebabkan Al-Walid taiada
berjiwa lagi. ‘Ubaidah pula setelah peristiwa tangkis menangkis terjadi,
kakinya terkena tikaman ‘Utbah. Apabila Ali dan Hamzah melihat ‘Ubaidah dalam
keadaan bahaya, maka dengan cepat mereka berdua memberi pukulan terakhir kepada
musuhnya ‘Utbah manakala ‘Ubaidah diusung ke tengah-tengah barisan kaum
Muslimin.
“Gugurkah aku sebagai pahlawan, Ya Rasulullah ?” bertanya
‘Ubaidah sedang badannya terlentang di hadapan Rasulullah SAW.
Sudah tentu..
Jawab Nabi Muhammad SAW.
Mangkatlah ‘Ubaidah Ibnul-Haris dan dialah orang Islam yang
mula-mula menerima penyerahan bendera perang dari Muhammad SAW.
Salah seorang pengungsi Islam telah gugur...
Bersambung dalam Perang Badar
|