::Mujahidah Sumayyah::
Miss Owner!




Entries About Linkies Stuff

Hi, I'm Amira Zinnirah. Mira for short. 16 years old.If you like my blog just follow me.*strive for SPM next year.


Taggie Board!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Amira Zinnirah
Others:   


Bangsawan Quraisy



Birrah merupakan seorang wanita bangsawan Quraisy, puteri kepada Abdul Muttalib. Beliau mempunyai seorang putera yang bernama Abu Salamah Bin Abdul Asad. Kedudukan Abu Salamah dalam kalangan kaumnya sangat dihormati dan disegani kerana darahnya mengalir dari golongan bangsawan yang tinggi.

Sebelum ramai orang yang membenarkan dakwah Rasulullah SAW, Abu Salamah telah pun beriman dengan penuh kesedaran malah telah bersedia menerima apa sahaja akibatnya. Gelaran Ummu Salamah yang diberikan kepada Hindun Binti Umaiyah merupakan isteri kepada Abu Salamah juga telah mengikut jejak suaminya.

Dalam jagaan ibu bapa yang telah berbahagia ini, hiduplah putera puteri mereka iaitu Salamah, Umar, Zainab dan Durrah. Ya, mereka hidup dalam suasana baru. Suasana Islam yang segar.

Abu Salamah bersama isteri dan anak-anaknya, seperti kaum Muslimin yang lain, menderita penyiksaan dan penganiyaan yang sangat dasyat daripada kaum Quraisy. Tetapi, betapa kejamnya penyiksaan itu, mereka tidak menjadi lemah atau takut sebaliknya bertambah kuat dan yakin.

Semasa Nabi Muhammad SAW membenarkan para sahabat berhijrah ke Habashah, maka Abu Salamah bersama keluarganya turut mengikut berhirah untuk kali pertama dan kedua.

Ketika Nabi Muhammad SAW memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pula, Abu Salamah dan keluarganya kembali semula ke Mekah untuk bersama-sama Nabi berhijrah. Di antara sahabat-sahabat yang berhijrah ke Madinah, Abu Salamah termasuk dalam golongan orang pertama yang menjalankan perintah ini. Di tempat baru, Abu Salamah menumpang di rumah Mubashir Ibnul-Munzir di Quba'.

Dalam pertemuan besar yang pertama, pertemuan persaudaraan yang diliputi perasaan kasih dan sayang, Rasulullah SAW mempersaudarakan Abu Salamah dengan Sa'ad Bin Khaisamah.

Sewaktu perang sedang meletus antara kaum Muslimin dengan kaum Quraisy di Badar, Abu Salamah ikut serta. Begitu juga ketika dalam Perang Uhud, beliau bertempur dengan gagah dan berani di bawah kibaran bendera Rasul, sehingga dia mendapat luka parah kerana terkena panah daripada Abu Usamah Al-Jashmy.

Tamat sahaja peperangan, tinggallah Abu Salamah dirumah sebulan lamanya kerana menderita luka parah, kian hari, kian teruk jadinya disebabkan panah beracun yang tidak disedarinya.



            *          *          *
             *          *


Nabi Muhammad SAW mengirimkan sepasukan tentera Islam untuk memerangi Bani Asad dan Abu Salamah sebagai pemimpinnya. Maka pergilah Abu Salamah lebih 10 hari meninggalkan Madinah kemudian kembali dengan luka yang bertambah parah di badannya.

Semasa Nabi Muhammad SAW dikhabarkan oleh sahabat tentang berita ini, bergegaslah Baginda ke rumah Abu Salamah, yang rupanya telah memenuhi panggilan Allah..

Tangis keluarganya didengari Nabi dengan perasaan sebak lalu mendoakan sahabat Baginda yang tercinta itu. Tidur nyenyaklah jasad yang berbahagia itu di pangkuan Nabi Muhammad SAW sambil Nabi mendoakan berulang-ulang kali :

Ya Allah, lapangkanlah kuburnya, sinarilah tempat istirahatnya, tambahkanlah sinar cahayanya dan ampunilah dosanya. Ya Allah, tinggikanlah martabatnya setinggi mungkin...

Abu Salamah telah pergi tetapi cahaya kebenaran tambah berkembang sepeninggalannya...