Miss Owner! Hi, I'm Amira Zinnirah. Mira for short. 16 years old.If you like my blog just follow me.*strive for SPM next year. Taggie Board! Credits!
| Keluarga Mulia Part 2
Panggilan suci untuk kembali kepada kebenaran tidak
dihiraukan kaum Quraisy, seakan-akan telinga mereka disumbat. Bahkan mereka
mengejek orang yang mengajak mereka kearah kebenaran. Hanya beberapa orang yang
masih dapat dilunakkan hatinya. Pada permulaannya, hanya 30 orang yang menerima
hidayah itu dan dapat bertahan dengan seksaan kaum Quraisy.
Ammar bin Yasir yang sudah besar berfikir menilai kebenaran
seruan Nabi Muhammad SAW. Apa kehidupan dunia dan kemana tujunya. Apa manusia dan
masyarakat baru yang diceritakan, menarik hati Ammar putera Yasir. Beliau ingin
benar bertemu dan mendengar sendiri ucapan Nabi Muhammad SAW.
Maka pergilah Ammar menuju ke Darul Arqam markas Nabi
Muhammad SAW. Beliau menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan bahawa
beliau tidak diekori. Siapa tahu kaum Quraisy mengupah sesiapa untuk mencatat
nama mereka yang datang memenuhi panggilan Nabi Muhammad SAW untuk dianiayai
dan diseksa.
Di dalam Darul Arqam, beliau terlihat seorang orang asing
sepertinya yang bernama Suhaib bin Sinan lalu bertanya,
“Gerangan apakah yang
membawa engkau kemari, ya Suhaib ?”
“Apa pula sebabnya engkau berada di sini ?” Tanya Suhaib
kembali.
“Saya ingin mendengar dan mempelajari ajaran Muhammmad.”
“Saya pun demikian” balas Suhaib.
Beberapa minit kemudian, mereka telah pun berada di hadapan
Rasulullah dan setelah mereka mendengar segala ucapan Baginda, terbukalah hati
mereka untuk memeluk agama Islam. Setiap hari dua sahabat itu akan pergi ke
tempat Rasulullah untuk mendalami ilmu baru dan pada sebelah petang, barulah
mereka pulang.
Di rumah, Ammar memberitahu ibu dan bapanya tentang
pengislamannya. Beliau menceritakan segala ilmu barunya sehingga kedua ibu bapa
itu mengambil keputusan memeluk Islam.
Keadaan ini amat malang bagi Bani Makhzum sebagai pelindung
keluarga Yasir. Apa yang menyakitkan hati mereka lagi, keluarga itu mengaku
dengan sejujurnya ketika ditanya dan bersedia menghadapi apa jua seksaan.
Tanpa ditunggu lagi, keluarga Yasir diseksa dengan pelbagai
seksaan agar melemparkan kembali Islam yang baru diyakini.
Mereka dijemur di tengah-tengah matahari terik berhari-hari.
Dipukul tanpa diberi makan minum manakala kaki dan tangan dirantai.
Pada suatu hari, lalulah Nabi Muhammad SAW ditempat itu dan
terlihat akan keluhan dan rintihan keluarga Yasir,
“Oh masa !”
Lalu baginda bersabda,
“Berbahagialah wahai keluarga Yasir kerana syurga tempatmu nanti”
Kata-kata itu merupakan penawar kepada kesakitan mereka.
Apabila Abu Jahal lalu ditempat itu, tidak terbit sedikitpun rasa takut dalam
hati mereka. Perkara ini mengakibatkan mereka diberi azab yang lebih dasyat
sehingga membawa ajal Yasir dan isterinya Sumaiyah.
Tinggallah Ammar untuk menerima seksaan yang berlipat kali
ganda. Beliau dibenamkan ke dalam air sehingga Ammar menyebut nama
berhala-berhala mereka dengan perkataan yang baik barulah beliau dilepaskan.
Hanya lidah Ammar yang berkata begitu sedangkan hatinya
masih memuja Allah. Ammar segera bejumpa Rasulullah. Baginda bertanya,
“Ada apa, Ammar ?”
“Ya Rasulullah, saya baru dilepaskan setelah mencelamu dan memuji
berhala mereka”
“Bagaimana dengan hatimu ?”
“Saya tetap yakin dengan Allah”
“Kalau mereka kembali menyeksamu, buatlah begitu lagi”
Semakin lama, semakin memuncak penyeksaan kaum Quraisy
terhadap umat Islam yang masih kecil bilangannya. Setelah memikirkan baik
buruknya, Rasulullah membenarkan mereka berhijrah ke Yasrib. Apabila tiba
masanya, Nabi Muhammad SAW sendiri yang berhijrah menyusuli para pengikutnya.
Ammar menyertai pelbagai peperangan bersama Nabi. Mereka
begitu rapat. Nabi Muhammad SAW sangat menyayanginya sehingga pernah bersabda,
“Saya tidak tahu sampai bila saya akan bersama kamu. Oleh itu, ikutilah orang-orang sesudahku (Nabi menunjuk kepada Abu Bakar dan Umar). Percayalah kepada janji Ammar serta benarkan kata-kata Ibnu Mas’ud.”
Menrut riwayat lain, Nabi bersabda,
“Saya tidak tahu sampai bila saya akan bersama kamu. Oleh itu, ikutilah orang-orang sesudahku (Nabi menunjuk kepada Abu Bakar dan Umar). Patuhilah tuntunan Ammar dan percayalah janji Ibnu Umi Ubaid”
Sewaktu kewafatan Nabi Muhammad SAW, menangislah Ammar
meratapi pemergian Baginda. Pada masa itu, banyak suku Arab yang murtad dan
terjadi perpecahan kaum Muslimin. Hanya Abu Bakar yang tidak ragu-ragu
mengirimkan pasukan tentera di bawah pimpinan Ammar untuk memerangi mereka.
Dalam peristiwa Yamamah (penyerangan terhadap nabi palsu Musailamah
Al-Kazab), ketika keadaan tentera Islam mulai terdesak, Ammar berteriak,
“Wahai pahlawan-pahlawan Islam ! Mengapa kalian lari dari
syurga ? Inilah, Ammar binYasir ! Mari bertempur bersama-sama !”
Pada saat itu, telinga Ammar sendiri telah putus dimakan
pedang musuh. Walaupun begitu, beliau terus berperang tanpa menghiraukan
dirinya sehingga akhirnya menanglah tentera Islam. Ammar juga menyertai
peperangan di Palestina.
Semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, Ammar diangkat
menjadi Wali (Gabenor) Kufah. Saidina Umar juga mengirimkan pesanan kepada
penduduk Kufah iaitu,
“Saya mengirimkan kepada kalian Ammar bin Yasir sebagai
Gabenor dan Ibnu Mas’ud sebagai wakilnya. Kedua-dua mereka adalah orang-orang pilihan,
sahabat Nabi yang utama. Patuhilah dan ikutilah mereka!”
Beberapa lama kemudian, Ammar diberhentikan daripada jawatan
beliau atas sebab-sebab tertentu. Saidina Umar bertanya kepada beliau,
“Marahkah engkau kerana diberhentikan sebagai Gabenor ?”
“Kalau itu yang engkau tanyakan, jawabnya bahawa
pengangkatan bagiku serupa sakitnya dengan perberhentian” jawab Ammar.
Sewaktu terjadinya pertentangan antara Saidina Ali dengan
Muawiyah, Ammar berpihak kepada Ali dan dia sudahpun berusia. Dalam Perang
Siffin, Ammar maju menyerang dengan perang ditangan. Apabila dilihatnya ‘Amru
Ibnul-‘As, beliau berkata,
“Syurga dibawah pedang-pedang yng haus. Pada hari ini,
Rasulullah diserang kekasihnya sendiri. Demi Allah, kalau mereka membunuh kami,
yakinlah aku bahawa aku dipihak yang benar sedang mereka dipihak yang salah.
Telah tiga kali aku berperang dengan Rasulullah dibawah kibaran bendera ini dan
tidaklah kali ini lebih baik dari yang sudah-sudah.”
Perang pun berkecamuk dan Ammar bertempur di bahagian paling
depan sekali. Kemana sahaja beliau pergi diikuti sahabat-sahabat yang lain.
Semasa seorang perajurit pihak musuh datang, Ammar terus
membunuhnya. Saat lengah Ammar itu digunakan seorang lagi pihak musuh yang datang
kemudian. Abdul Ariyah Al-Muzani memanah Ammar dengan anak panah yang berbisa
sehingga membawa ajal pahlawan berusia ini.
Setelah Ammar tidak bernyawa lagi, datang lagi seorang musuh
untuk memenggal kepalanya. Bertengtanglah kedua-dua mereka yang masing-masing
mengatakan bahawa dialah yang sudah membunuh Ammar.
Pertentangan dua perajurit itu disudahi ‘Amru bin ‘As dengan
ucapan
“Demi Tuhan! Mereka bertengkar tentang neraka !”
“Habislah kaum durjana yang telah membunuh engkau, wahai
putera sumaiyah.” Bernajat seorang penyeru seraya berdiri di kepalanya,
“Allah merahmati Ammar di hari pengislamannya, demkian pula
di hari kematiannya.. Kalau orang menyebut sahabat Nabi yang keempat, maka
Ammar yang kelima. Semua sahabat-sahabat Nabi meyakini bahawa syurga tempatnya.
Berbahagialah Ammar dengan janji syurga. Ammar bersama kebenaran dan kebenaran
bersama Ammar. Pembunuh Ammar tempatnya neraka !”
Gugurlah Ammar mengikuti jejak orang tuanya..
Apabila peristiwa ini didengari oleh penduduk Mekah,
berkatalah mereka,
“Berbahagialah wahai keluarga
Yasir, bahawa syurga tempatmu nanti..”
|