Miss Owner! Hi, I'm Amira Zinnirah. Mira for short. 16 years old.If you like my blog just follow me.*strive for SPM next year. Taggie Board! Credits!
| Paderi Yahudi
Dalam kitab suci mereka sudah tertulis bahawa akan datang Nabi
akhir zaman. Digambarkan dengan jelas bagaimana sifat-sifat dan tanda-tanda
zaman kedatangannya. Keadaan ini diketahui benar oleh Paderi Yahudi dan
pakar-pakar agama mereka kerana mereka telah mengkaji dan memahami dengan lebih
mendalam kitab suci itu.
Mereka tidak ragu-ragu lagi akan kebenaran Nabi Muhammad SAW dan dakwahnya kerana telah
terbukti di dalam kitab mereka. Tetapi, persoalannya.. kenapa mereka tidak
mengikuti dan membenarkan ajaran Baginda ?
Ya ! Inilah topik yang akan dikupas dalam Forum Remaja hari
ini bersama ahli panel kita..
Ops,, tersyasyul pula hehe.. Forum Remaja amende pulak ? Kembali
kepada topic asal..
Ok.Ok .. kita semua tahu jawapannya kan.. Kerana nafsu jahat
yang wujud di dalam hati mereka telah memutar belitkan fakta yang sebenar.
Mereka telah membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar.
Mereka berkata,
“Hati kami tertutup..”
Bahkan lantaran keingkaran mereka, Allah telah mengutuk
mereka. Hanya segelintir yang mahu beriman. Apabila datang Kitab Suci(Al-Quran)
kepada mereka , mereka menolak sedangkan mereka selalu mendoakan kemenangan ke
atas mereka. Layaklah mereka itu menerima kutukan Allah_Al-Quran.
Jiwa Mukhirik, seorang paderi Yahudi, telah ditusuk remuk
oleh ayat di atas. Perasaan bersalah menyelubungi ketenangan jiwanya lantas
membuatkan dia susah tidur malam. Beberapa hari sebelumnya, seorang temannya,
Abdullah Bin Salam telah beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Berita berimannya
Abdullah Bin Salam, juga seorang paderi sangat menggoncangkan hatinya dan
menggemparkan kaum Yahudi. Dia takut dia juga akan terlempar kea rah yamh sama
seperti sahabatnya, Abdullah. Takutkah dia kepada kebenaran yang telah mendesak
masuk ke dalam jiwanya ?
Hatinya bertanya kepada dirinya sendiri,
Akan engkau jualkah
kemegahan akhirat dengan kesenangan dunia ?
Akan engkau tukarkah kebahagiaan abadi dengan kenikmatan
sekejap ?
Apa guna tanah yang lapang ini bagimu ?
Apa faedahnya harta yang bertimbun-timbun ini, kalau ia akan
menghantar engkau ke lurah kesengsaraan yang sangat dalam ?
Wahai diri yang malang, mengapa di ronggamu sentiasa
bertarung dua daya yang saling kalah mengalahkan ? Daya jahat yang mengobarkan
kesenangan duniawi dan daya yang menghantar manusia ke taman bahagia abadi..
Harta, anak
dan kehidupan....
Syurga yang
luas selebar langit dan bumi.....
Mukhairik termenung mendengar jeritan jiwanya sendiri dan
dari jauh dia mendengar suara-suara yang memanggilnya. Maka keluarlah Mukhairik
dari rumahnya menuju ketempat di mana berkumpul pemuka-pemuka kaumnya,
sedangkan pada masa itu Nabi Muhammad SAW berada di medan Peperangan Uhud.
Mukhairik berkata kepada mereka :
“Saudara-saudaraku kaum Yahudi ! Demi Allah, (kebiasaan org
Arab berkata demikian walaupun bukan Islam) sesungguhnya kamu telah mengetahui
bahawa Muhammad adalah Nabi dan pertolongannya kepadamu adalah pasti”.
Mendengar ucapan Mukhairik sebagai seorang paderi, mereka
semua gusar dan dengan perasaan geram menyelubungi hati, mereka menjawab,
“Hari ini adalah hari Sabtu” (hari mereka beribadah)
“Kenapa dengan hari Sabtu?!” Jawab Mukhairik dengan tegas.
“Wahai kaumku ! aku sekarang akan berangkat ke medan perang
Uhud untuk ikut berperang membunuh musuh-musuh ALLAH. Sekiranya aku nanti mati
di padang Uhud, maka segala kekayaanku untuk Muhammad, supaya dipergunakan di
mana yang baik mengikut pendapatnya.”
Setelah ucapan yang berani itu selesai, berangkatlah dia ke
medan Uhud dengan pedang terhunus di tangannya. Ketika dia tiba di sana,
suasana perang tidak menguntungkan kaum Muslimin. Sungguhpun demikian, dia
tidak lemah dan tidak berpatah hati malah membunuh banyak pewira-pewira dan
perajurit musuhnya.. sehingga akhirnya dia sendiri terbunuh sebagai pahlawan Islam yang baru....
Setelah perang selesai, berita tentang Mukhairik disampaikan
kepada Rasulullah SAW. Mendengar khabar ini, Baginda berkata,
Kemudian harta peninggalan Mukhairik dibahagikan kepada
fakir miskin kaum Muslimin.
|