Miss Owner! Hi, I'm Amira Zinnirah. Mira for short. 16 years old.If you like my blog just follow me.*strive for SPM next year. Taggie Board! Credits!
| Keluarga Mulia Part 1 Assalamualaikum..
Kenalkah kalian dengan Yasir ? Bagaimana pula dengan ahli
keluarganya ? Tentulah kenalkan .. Walaupun korang semua dah kenal,, Mira tetap
nak tulis jugak pasal keluarga yang mulia ni.. Enjoy it !
Malam semakin menjengah namun kafilah dari Yaman itu tetap
meneruskan perjalanan sehingga larut malam. Mereka berhenti di sebuah lembah
untuk berehat.
Tiga orang diantara anak-anak kafilah memencilkan diri di
suatu tempat yang agak terpencil. Mereka tidak ikut sama bernyanyi bersama
anak-anak muda yang lain mahupun bercakap tentang barang-barang dagangan yang
akan dijual esok.
Mereka mengikut kafilah itu bukan untuk berjual beli dan
mencari kemewahan hidup. Yasir dan dua orang saudaranya, Al-Haris dan Malik
mengikut kafilah itu ke Yaman atas dorongan cinta. Cinta dan kasih terhadap
saudara mereka yang sudah lama hilang. Mereka yakin akan bertemu dengannya
dikota Mekah, pusat dagangan dunia Arabia.
Ketika kafilah dagang dari Yaman sedang berniaga dan
bergelumang dalam kenikmatan yang penuh dosa, Yasir dan dua saudaranya
mengerahkan kudrat mencari saudara mereka yang hilang. Seluruh pelosok kota
Mekah, lembah-lembah dan perkampungan berdekatan mereka tujui tetapi mesih belum
berhasil.
Pada ketika itu, kafilah dari Yaman yang sudah habis
menjualkan barangan mereka telah pun tiba di kampung halaman. Yasir mengucapkan
selamat jalan kepada dua orang saudaranya yang ikut serta dalam rombongan itu.
Tanah Mekah telah menawan hatinya. Mungkin kerana dia akan
bertemu dengan saudaranya itu atau mungkin dia akan menemui sesuatu yang lain,
dia juga kurang mengetahuinya. Apa yang pasti, dia bertekad untuk menetap di Mekah
meskipun dua orang saudaranya itu kembali pulang.
Tinggallah Yasir sebatang kara di tengah
masyarakat Arab yang hidup berpandukanHIDUP UNTUK ORANG KUAT DAN SIAPA YANG LEMAH HANYA BERHAK UNTUK MENJADI BUDAK BELIAN.
Tiada kaum untuk membantunya. Tiada suku yang akan
membelanya ketika dimusuhi dan tiada teman untuknya megadu duka lara.
Untuk menyara hidup, pergilah Yasir memperhambakan diri
kepada Abu Huzaifah Ibnul-Mughirah daripada suku Bani Makhzum. Di bawah
perlindungan Abu Huzaifah, hiduplah Yasir sebagai hamba sehingga dikahwinkan
dengan seorang budak perempuan dari Abu Huzaifah bernama Sumaiyah Binti
Khaiyat.
Tidak lama selepas itu, berbahagialah mereka kerana
dikurniakan dua orang anak bernama Ammar dan Ubaidullah.
Alhamdulillah..
Nak tahu kisah selanjutnya ?
Tunggulah... Keluarga Mulia Part 2
|