::Mujahidah Sumayyah::
Miss Owner!




Entries About Linkies Stuff

Hi, I'm Amira Zinnirah. Mira for short. 16 years old.If you like my blog just follow me.*strive for SPM next year.


Taggie Board!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Amira Zinnirah
Others:   


Fitnah Mata

Asalamualaikum..

Cerita ini berlaku pada suatu masa dahulu.

DI Kota Basrah, tinggal seorang pemuda bernama Hassan Basri. Beliau merupakan seorang pemuda yang tampan lagi bergaya.

Pada suatu hari, ketika beliau sedang berjalan2 mengelilingi Kota Basrah, beliau terserempak dengan seorang gadis yang sangat cantik dan jelita. Gadis itu memiliki kulit yang putih, wajah yang cantik dan tubuh badan yang langsing. Pendek kata, gadis itu memiliki segala kesempurnaan yang diinginkan wanita.

Tetapi, apa yang paling menarik perhatian Hassan Basri ialah mata gadis itu. Beliau sangat tertarik kepada matanya yang cantik dan bersinar. Tanpa berfikir panjang, pemuda tersebut mengikuti  wanita yang cantik itu ke mana sahaja dia pergi. Setelah beberapa ketika, wanita yang menyedari dirinya diekori segera menoleh dan berkata,

“Apakah engkau tidak malu ?”

Jawab Hassan Basri, “Malu kepada siapa ?”

Wanita itu menjawab, “Malu kepada Maha Pencipta kerana melihat sesuatu yang haram?”

Selepas mendengar kata2 wanita itu, tertanam rasa cinta di hati Hassan Basri terhadap wanita cantik itu. Beliau meneruskan lagi langkah mengekori wanita itu. Wanita itu berasa tidak senang lalu bertanya lagi,

“Mengapa engkau mengikuti aku?”

“Aku sangat tertarik dengan pandangan matamu”

Wanita itu menjawab, “Tunggulah di sini, akan kubawa apa yang engkau kehendaki”

Hassan Basri bersetuju kerana menganggap wanita tersebut sudah jatuh hati terhadapnya. Beliau menunggu dengan penuh sabar.








Setelah agak lama menunggu, datanglah seorang wanita lain yang memperkenalkan dirinya sebagai pelayan kepada wanita cantik tadi. Pelayan itu membawa bekas yang tertutup dengan sehelai sapu tangan.

Ketika Hassan Basri menyelak sapu tangan itu, beliau amat terkejut kerana di dalam bekas itu mengandungi sepasang mata wanita cantik tadi. Pelayan tadi menyampaikan pesanan daripada wanita cantik itu yang bermaksud


AKU TIDAK INGIN MATA YANG MEMPESONAKAN DAN MENIMBULKAN FITNAH KEPADA ORANG LAIN


Tatkala mendengar pesanan wanita itu, beliau gementar lalu mengutuk dirinya kerana menyebabkan kejadian itu. Beliau segera menyesal dan bertaubat. Beliau terus pulang ke rumahnya dan menangis semalaman.

Keesokan hari, beliau nekad mencari rumah wanita cantik itu untuk meminta maaf. Setelah menemui rumah tersebut, Hassan Basri kehairanan kerana rumah itu dikunjungi ramai tetamu lalu beliau bertanya kepada salah seorang tetamu tersebut

“Apakah yang sedang berlaku?”

Jawab tetamu tersebut, “Anak kepada tuan rumah (wanita cantik itu) telah meninggal”

Perasaan bersalah semakin menyelubungi dirinya. Beliau segera pulang ke rumah dan menangis selama tiga hari lamanya.

Pada malam ketiga Hassan Basri bermimpi wanita cantik itu di dalam syurga. Beliau mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas segala kejadian yang telaah berlaku. Katanya,

“Wahai wanita yang cantik, maafkanlah semua kesalahanku”

Wanita itu tersenyum lalu berkata, “Aku telah memaafkan segala kesalahanmu kerana aku 
telah  memperoleh banyak kebaikan daripada Allah disebabkan engkau”

Hassan Basri membalas, “Berikanlah kepada aku sedikit nasihat”

“Jikalau dirimu bersendirian berzikirlah kepada Allah. Setiap pagi dan petang ingatlah kepada Allah dan beristigfarlah serta bertaubat kepadaNYA” pesan wanita cantik itu.

Setelah malam itu berlalu, Hassan Basri mengikut segala nasihat wanita itu sehingga beliau terkenal dengan sifat zuhudnya.




Cuba kita bayangkan.. betapa takutnya wanita itu kepada Allah. Betapa berhati- hatinya wanita itu untuk mengelakkan fitnah. Akhirnya.. dia mendapat ganjaran yang diinginkan oleh semua manusia. SYURGA .

Tapi.. apa sudah jadi sekarang.. ? Pelbagai alat mekap dicipta untuk mencantikkan dan menarik perhatian orang ramai terutama lelaki terhadap wanita. Untuk apakah semua itu ?

Agar orang memuji kecantikan kita ? Supaya kita dihormati kerana memiliki wajah yang cantik ? Kenapa kita mahu berbangga dengan apa yang kita pinjam ? Bukankah diri kita ini merupakan pinjaman daripada Allah.. 

insaflah wahai wanita yang berakal..



JANGANLAH KAMU BERJALAN DI ATAS MUKA BUMI INI DENGAN PERASAAN SOMBONG