::Mujahidah Sumayyah::
Miss Owner!




Entries About Linkies Stuff

Hi, I'm Amira Zinnirah. Mira for short. 16 years old.If you like my blog just follow me.*strive for SPM next year.


Taggie Board!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Amira Zinnirah
Others:   


Air Yang Amat Berharga










Assalamualaikum..

Semasa permulaan zaman kebangkitan Islam, banyak berlaku peperangan yang besar antara suku Arab Musyrik dan tentera Islam. Antara perang yang berlaku adalah Perang Yarmuk.

Dalam peristiwa Perang Yarmuk, terdapat peristiwa yang amat mengharukan telah terjadi. Salah seorang pejuang Islam yang turut serta dalam peperangan ini ialah Abu Jahim Bin Huzaifah. Beliau juga merupakan salah seorang sahabat Nabi.

 Semasa Perang Yarmuk, Abu Jahim sedang mencari sepupunya yang bertempur di bahagian paling hadapan. Beliau juga membawa sedikit air bersama-sama untuk sepupunya dengan harapan dapat membantu sepupunya itu menghilangkan penat dan dahaga.

Setelah beberapa ketika, Abu Jahim menemui sepupunya yang sedang terbaring dan berlumuran darah. Beliau mengerang menahan kesakitan akibat perang yang begitu dasyat. Abu Jahim segera mendapatkannya untuk memberikan air yang dibawa bersama.
Hampir saja air itu diminum oleh sepupu Abu Jahim, mereka mendengar seorang  Pejuang Islam berteriak,

“Air ! Berikanlah saya air ...! “

Mendengar teriakan itu, sepupu Abu Jahim yang masih kehausan memberikan isyarat agar Abu Jahim memberi air tersebut kepada Pejuang Islam tadi. Tanpa membuang masa, Abu Jahim segera berlari mendapatkan Pejuang Islam yang amat dikenalinya. Beliau ialah Hasyim Bin Abilas.







Tetapi, belum sempat Hasyim Bin Abilas meneguk air itu, mereka terdengar Pejuang Islam yang berbaring berdekatan jugga mengerang kesakitan sambil meminta air.

Kali ini Hasyim Bin Abilas pula yang mengisyaratkan Abu Jahim agar memberikan minuman tersebut kepada pejuang di sebelah mereka.

Namun, belum sempat Abu Jahim memberikan air kepada pejuang ketiga tersebut, beliau sudah pun meninggal dunia. Abu jahim segera mendapatkan Hasyim Bin Abilas, pejuang kedua yang meminta air. Bagaimanapun, beliau juga sudah pergi menghadap Ilahi. Abu Jahim bergegas pula mendapatkan sepupunya yang menunggu sejak tadi, tetapi sedihnya.. beliau juga sudah syahid.

 KETIKA KITA TAKUT MEMBERI, KITA LUPA BAHAWA SEMUA YANG KITA MILIKI ADALAH PEMBERIAN

Cerita ini menunjukkan betapa luhurnya hati seorang sahabat walaupun dia sendiri menghadapi kesusahan, dia tetap mendahulukan sahabatnya daripada dirinya sendiri.

Inilah yang dinamakan  IHSAN  .. Sifat yang amat mulia di sisi Allah. Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi sahabat yang baik untuk teman kita.